Day: June 21, 2021

#MyBaikHati – Sumbangan peranti terpakai

#MyBaikHati merupakan inisiatif yang melibatkan enam syarikat telekomunikasi termasuk Celcom Axiata Bhd, Digi Telecommunications Sdn Bhd, U Mobile Sdn Bhd, Telekom Malaysia Bhd dan Time dotCom Bhd. Melalui #MyBaikHati, orang ramai boleh menyumbang peranti terpakai seperti komputer riba, tablet atau telefon pintar bagi membantu merapatkan jurang pembelajaran di Malaysia.
 
Untuk membuat sumbangan, 
Layari Website Digi 
Layari Website Maxis 
Layari Website Umobile
 
Layari Website Time 
Layari Website TM

Pakej Bantuan Khas Muar SEJIWA

Ahli Parlimen Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah memperkenalkan Pakej Bantuan Khas Muar SEJIWA khusus untuk warga Muar. Inisiatif ini fokus kepada tiga benda iaitu pendidikan, makanan dan urusan vaksinasi. Muar SEJIWA dibiayai oleh gaji saraan bulan Jun beliau, 100% hasil jualan kurta dan merchandise Jalan Tegak serta sumbangan orang ramai.
 
Sumbangan boleh dibuat melalui 8603323060 – CIMB Bank Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Muar.
 
Untuk mengetahui lebih lanjut, 
Layari Website

Portal Graduan.com

Graduan.com merupakan platform sehenti dalam talian yang menghubungkan graduan dengan majikan melalui artikel, video dan banyak lagi. Melalui platform ini, graduan juga berpeluang untuk terokai dan mohon pekerjaan secara terus dengan syarikat-syarikat tertentu.
 
Untuk pendaftaran 
Layari WebsiteLihat di Sini
 
Untuk mengetahui lanjut dan menyemak kelayakan, 
Layari Website

e-Latih

Orang awam dan para pekerja kini boleh meningkatkan pengetahuan dan kemahiran secara percuma melalui portal pembelajaran Human Resource Development Corporation (HRD Corp) iaitu e-Latih. e-Latih merupakan inisiatif Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA Plus) yang menawarkan lebih daripada 300 kursus dalam talian.
 
Kepada yang berminat menyertai program e-Latih, 
Daftar e-Latih
 
Untuk maklumat lanjut, 
Layari Portal HRD Corp